Tuesday, August 24, 2010

kalau 3

Aku adalah aku, kau adalah kau, mereka juga kekal sebagai diri mereka. Tiada apa lagi yang dapat dilakukan untuk mengundurkan masa, maka usahalah untuk menyusun objek-objek di hadapan kita supaya tersergam indah yang bukan hanya selamat untuk kita lalui, bahkan sesuatu pengalaman yang ajaib ibarat kisah dongeng orang barat, cinderella. Itulah yang sedang aku cuba lakukan dalam usaha untuk mengubah nasib yang belum pasti di mana letaknya mata, hidung, mulut, telinga, yang diharapkan sempurnalah rupanya.
Dilahirkan dalam keluarga yang memberikan perkhidmatan kepada orang ramai membuatkan aku pernah berangan-angan untuk menjadi seorang jururawat seperti arwah nenekku yang sangat gembira dalam menyalurkan perkhidmatannya tanpa mengenal erti penat. Tibanya masa untuk aku beraksi. Sesi temuduga untuk menjadi jururawat di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) telah aku hadiri tetapi malangnya pada peringkat pertama lagi aku telah disingkirkan hanya kerana keputusan mata pelajaran matematik yang berbentuk cangkul itu. Perasaan kekecewaan jelas tarpancar pada wajahku yang menggerutu dipenuhi jerawat, pada waktu itu muncullah mama memberi nasihat dengan mengatakan “tak semua benda yang kita nak, kita dapat sayang oi!”. Ayat itulah menjadi kekuatan bagiku sehingga ke hari ini. Beberpa hari kemudian, keputusan pengambilan pelajar di UiTM telah dikeluarkan. Aku berjaya menempatkan diri dalam program diploma komunikasi dan pengajian media setelah menghadiri temuduga dalam jurusan itu sebulan sebelumnya. Aku dapat apa yang aku tidak mahu dan bertindak mendidik diriku menjinakkan diri dalam bidang yang bakal menjadi periuk nasiku di masa hadapan dengan izin Allah S.W.T. ,Insya’Allah.
Kini aku sedar bahwasanya bidang kejururawatan bukanlah bidang yang benar-benar aku ingini dan sesungguhnya tuhan telah menunjukkan keistimewaan bidang yang sedang aku sedang pelajari pada saat dan ketika ini semoga ianya beransur menjadi lebih baik.
Disitulah saya akan berada jika saya bukan pelajar UiTM sekarang.