Tuesday, October 12, 2010

JENAYAH DAN MEDIA

Kekerapan berlakunya jenayah di sesebuah Negara dapat mengukur tahap kemajuan sesebuah Negara itu dari pelbagai sudut. Jenayah berlaku dalam pelbagai bentuk dan cara termasuklah jenayah bunuh, ragut, curi dan rompak, jenayah siber, culik dan banyak lagi. Tidak kiralah dalam bentuk apa sahaja jenayah itu dilakukan kerana ianya tetap dikategorikan sebagai jenayah. Setiap jenyah yang dilakukan juga disediakan habuannya di dunia ini iaitu bergantung kepada undang- undang sesebuah Negara itu dalam menetapkan apa yang dibalas apa mengikut berat jenayah yang telah dilakukan. Jenayah juga seringkali dikaitkan dengan media. Media juga merupakan medium yang Berjaya dalam menakhluki cara seseorang manusia itu berfikir. Media merupakan apa-apa sahaja bahan yang membawa maklumat untuk diterima oleh masyarakat yang datang dalam bentuk bercetak mahupun elektronik. Peranan media yang sebenarnya sudah disalahgunakan oleh agensi-agensi yang berkaitan daripada menyebarkan maklumat kepada penyebaran aspek- aspek negatif terutamanya melalui media elektronik yang kemudiannya dipraktikkan dalam dunia sebenar yang seterusnya mengakibatkan berlakunya jenayah. Peranan media yang sepatutnya adalah mendidik dan bukan untuk merosakkan. Maka, jenyah dan media adalah dua perkara yang sangat berkait rapat pada masa kini.
Di Malaysia khususnya, kejadian jenayah sudah sebati dengan kehidupan seharian kita. Jika dikaji pada laporan seharian adalah sangat jelas menunjukkan bahawa kejadian jenayah umpama makanan seharian kita yang tidak lengkap jika ianya tidak berlaku. Berdasarkan jenayah- jenayah yang pernah berlaku di Negara kita, jenayah bunuh merupakan jenayah yang sangat popular pada saat ini. Kes yang melibatkan jutawan kosmetik Novelle’s Visage (NV) dilaporkan mati dibunuh bersama dengan tiga orang yang lain telah mengejutkan rakyat Malaysia terutamanya apabila kes itu merupakan tunjang kepada terbongkarnya banyak kes lain yang berlaku pada golongan kebanyakan dan didakwa merupakan kes bunuh kejam itu dilakukan oleh penjenayah yang sama. Tidak hanya terhad kepada kes pembunuhan, jenayah penculikkan kanak- kanak juga dilihat di antara jenayah yang serius berlaku di Negara kita dan sukar untuk dicari jalan penyelesiannnya. Kes kehilangan kanak- kanak sangat popular dan masih lagi berlaku sehingga kini. Kes penculikkan kanak- kanak yang telah berlaku terhadap Nuris dan Shalini masi lagi segar dalam ingatan rakyat Malaysia kerana kanak- kanak tersebut telah dibunuh selepas persitiwa penculikan dan pihak polis juga gagal untuk menyelamatkan mereka.
Golongan yang sering kali terlibat dalam kejadian jenayah kebanyakannya merupakan golongan yang berpendidikan tinggi dan merupakan individu yang bijak pandai tetapi motif kejadian jenyah ini dilakukan masih lagi tidak dapat dikesan tetapi banyak persoalan yang timbul berhubung mengenai mengapa jenayah seumpama dilakukan.
Jenayah di Malaysia juga dilihat semakin berleluasa apabila Negara kita semakin membangun. Adakah ini akibat daripada kepesatan ekonomi Negara kita walhal rakyat masih kekal serupa. Kedatangan warga asing ke dalam Negara kita juga turut membawa padah terhadap masyarakat dan merupakan penyumbang besar kepada jenayah. Hal ini dililat sebagai tidak wajar kerana mereka sepatutnya berterima kasih kepada kita kerana membenarkan mereka datang untuk belajar dan bekerja di sini tetapi keadaan yang sebaliknya pula yang berlaku.